Pokok gambir
Pokok gambir

Pokok gambir

Pokok gambir (Uncaria gambir) digunakan untuk perubatan tradisional dan bahan untuk makan sireh. Negara India menjadi pengimport 68 % gambir keluaran negara Indonesia kerana rakyatnya masih suka makan sireh.Hampir 95 % gambir Indonesia diproses menjadi Betel Bite atau Plan Masala sebelum dipasarkan. Gambir juga digunakan di Indonesia sebagai luka bakar, ubat sakit kepala, ubat diarea, ubat disentri, ubat kumur-kumur, ubat sariawan, ubat sakit kulit, penyamak kulit, bahan pewarna tekstil dan astragensia. Gambir juga digunakan menjadi bahan perekat kayu lapis dan papan partikel. Setelah itu, kayu lapis tadi dinilai bermutu tinggi. Gambil juga mempunyai nilai tambah setelah dikilang menjadi bentuk biskut dan tepung gambir dan mudah dieksport ke seluruh dunia. Negara India memerlukan 6000 tan gambir setahun.Gambir adalah ekstrak air panas dari daun dan ranting pokok gambir yang disedimentasikan dan kemudian dicetak dan dikeringkan. Potensi pengembangannya cukup besar, bila dilihat dari potensi produksi, pemasaran pada pasar domestik dan eksport.Gambir sangat sesuai ditanam di Limapuluh Kota, Pesisir Selatan di pulau Sumatera, Indonesia.